Thursday 31 March 2011

gamit kerinduan ~_~


kenangan bersamamu, teman meruntuhkan hatiku dikala terpandang seraut wajah ceria kita..
meniti hari-hari lalu bersama..
menongkah arus, bergelut dengan perselisihan faham, diselang-selikan dengan senda tawa..
persahabtan kita terbina persis untaian tasbih..tiada pnghujungnya..
sekali kita bersahabta, selamanya akan bersahabat..
kerana kau begitu istimewa dihatiku, teman..

masih ingatkah dikau dengan kenangan kita..
kenangan yang menerbitkan satu nama yang tetap kukuh di ingatanku..
kenangan di mana terbinanya 'GENG 31 OGOS'
ada ap dgn 31 ogos??
kenangan di mana kenakalan kita di zaman remaja terserlah..
di mana kita mula belajar ingkar pada peraturan sekolah..
ingatkah dikau saat di mana kita berkejaran melarikan diri dari dikejar 'pok guard'..
kenangan yg mengajar kita erti sebuah persahabatan..
yg mempamerkan betapa utuhnya hubungan yg terjalin..

oh teman,
tahukah dikau ak amat merindui saat itu..
saat manis kita bersama..
masih adakah lagi ruang untuk kita kembali ke zaman itu..
zaman di mana memori tercipta..
zaman yg kita mulai belajar menghargai erti sebuah persahabtan..
yg mengajar kita penat lelah bersama..
ak amat merinduimu, semua..
mahu sahaja k kembali kepada masa lampau untuk mengait kembali kenangan kita..
membina semula untaian yg kian pudar..
kenapa temanku??
kemana kau menghilang??

adakah dikau semua sama sepertiku..??
mengharapkan sebuah pertemuan kembali..
mengharapkan sesuatu muncul menyinari hidup kita..
membawa kita ke alam mimpi yg sukar dicari ganti..
kaulah sahabat, kau jua temanku..
teman sejati tetap utuh di ingatan..
walaupun badai datang melanda, dikau tetap dihatiku..
aku semat dikau di suatu sudut yg sukar di tukar ganti..
sabarlah, temanku..
aku pasti suatu ketika nanti, bait-bait rindu yg kian menjamah hati kita akan menemukan kita kembali..
di waktu semuanya berubah..
di waktu tidak kita sangkakan..
aku akan sabar menanti kehadiranmu semua..
menyinar kembali bayu yang menimpa..
menghampar kenangan lalu dan di untai kembali agar kukuh melanda sehingga sukar dipisahkan walau ombak menerpa..

dikau shabt yg sgt istimewa..
shbt pengubat rindu..
shbt dikala duka..
shbt senda tawa..
sglanya buatmu, teman..
ak akn meniti hari, membangkit rasa rindu untuk bertemu dikau..
akan kuhayun kaki melangkah menempuh arus kehidupan mencari kalian semua dan membawa ke kisah silam yg sukar dilupakan..
kisah kita bersama..
perkongsiaan hidup, perkongsian duka dan lara, perkongsiaan kegembira akan kembali terjalin..
sabarlah sahabatku..
satu hari nanti, di hari yang bahagia, kita bakal bertemu kembali..
menjalin ikatan suci ini dengan penuh keikhlasan, kasih sayang..
percayalah..
aku mengatur langkah menuju ke arah kalian semua..
usahlah berduka lagi..
kita bakal bersatu..
menempuh arus kehidupan, menjalin persahabatan berteras kesetiaan..
ak sayang sama kamu..
teman istimewaku..!!
<3<3<3


ku biar kalam berbicara,
menghuraikan maksudnya di jiwa,
agar mudah kumengerti,
segala yang terjadi,
sudah suratan Ilahi..

ku biarkan pena menulis,
meluahkan hasrat di hati,
moga terubat segala,
keresahan di jiwa,
tak pernah kuingini..

aku telahpun sedaya,
tak melukai hatimu,
mungkin sudah suratan hidupku..

kasih yang lama terjalin,
berderai bagaikan kaca,
oh teman, maafkanlah diriku..

oh Tuhan, tunjukkanku jalan,
untuk menempuhi dugaan ini..
teman,maafkan jika kumelukaimu,
moga ikatan ukhuwwah yang dibina ke akhirnya..

aku telah terdaya,
menahan hibanya rasa,
kau pergi meninggalkan diriku..

redhalah apa terjadi,
usahlah dikau kesali,
mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

2 comments:

  1. qilah,,sgguh puitis sgale kate2..
    mnyentuh kerinduan yg membara..
    mbuatkn sy xmmpu mngungkai kate2 manis..
    hnya mutiara2 kecil yg berguguran jatuh mmbsahi pipiku..
    aku terpaut,aku tertawan dgn kata2mu..
    <3<3<3..
    SAYANG kamoo selamanye..
    kamoo sentiase dhatiku kerana Allah menemukn kite...

    ReplyDelete
  2. sy pun..rindu bangat kenangan lalu..kenangan yg membawa kita ke arah persahabatan utuh..=] syg kamo semua!!!

    ReplyDelete