Monday 25 April 2011

Anak Yang Soleh

Anak Yang Soleh

Pada masa dahulu ada seorang pemuda yang bernama Ra'i. Kerjanya setiap hari adalah mengembala kambing. Setiap hari apabila dia pulang ke rumah ia akan memerah susu kambing untuk dihidangkan kepada orang tuanya dan sesudah orang tuanya minum, barulah susu kambing yang selebihnya diberikan kepada anak-anak dan isterinya.
Pada suatu hari Ra'i membawa kambingnya jauh daripada tempat biasa.Dia terlambat pulang kerana asyik dengan kambing-kambingnya dan apabila disedarinya hari sudah mulai gelap. Dia dengan segera membawa pulang kambing-kambingnya. Apabila tiba di rumahnya hari sudah larut malam kerana perjalanan yang jauh. Tanpa membuang masa, dia segera mencari kedua orang tua yang di kasihinya dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kedua-dua orang tuanya sudah nyenyak tidur. Ra'i segera ke kandang kambing dan terus memerah susu. Di dalam hati dia berkata "Mungkin setelah selesai aku memerah susu, ibu dan ayahku akan bangun dari tidurnya". Apabila susu sudah sedia dihidangkan, ia segera pergi mendapat kedua orang tuanya, tetapi ternyata kedua orang tuanya masih lagi tidur.
Setelah ditunggu-tunggunya ternyata orang tuanya tidak juga bangun. Ra'i mula bimbang dan berfikir di dalam hatinya "Adakah aku harus mengejutkan mereka?" fikirnya lagi "Oh tidak, tidak sopan mengejutkan orang yang sedang tidur". Ia sungguh menyesal kerana terlalu leka dengan kambingnya menyebabkan orang tuanya tidur tanpa sempat minum susu seperti sebelumnya. Tiba-tiba, anak- anaknya terjaga dari tidur dan mereka menangis meminta susu kerana lapar disebabkan mereka tidur sebelum sempat meminum susu. Ra'i tetap mempertahankan bahawa susu tersebut tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya sebelum orang tuanya minum terlebih dahulu. Setelah puas memujuk, anak-anaknya tetap tidak mahu berhenti daripada menangis. Diberinya air, tetapi anak-anaknya terus menangis dan tetap mahu minum susu yang telah disediakan untuk orang tuanya..
Walaupun keadaan bising disebabkan tangisan anak-anaknya, kedua-dua orang tuanya tidak juga bangun dari tidur mereka. Ra'i berfikir mungkin Allah hendak menguji kesabarannya dan sejauh mana ketaatannya kepada orang tuanya. Apabila fajar menyinsing barulah ibu bapanya sedar dari tidur mereka dan Ra'i segera menyerahkan susu yang diperahnya pada malam tadi.
Begitulah sifat seorang anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya walaupun anaknya sendiri menangis kelaparan ia tetap mempertahankan dan ibu bapa mesti di utamakan.

baguskan kalau kita dapat jadi seperti Ra'i..persoalannya, adakah kita mampu jadi sepertinya??!! tepuk dada, tanya iman..=]

Potong Tangan Kerana Bersedekah

Potong Tangan Kerana Bersedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T." 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Tuesday 12 April 2011

DI ATAS SAJADAH CINTA

pernahkah kalian semua membaca sebuah buku cerita kisah-kisah teladan Islami peneguh iman dan penenteram jiwa?? mari, aku ingin memperkenalkan sebuah buku cerita yang menarik minatku untuk membacanya..cerita ini berjudul DI ATAS SAJADAH CINTA by Habiburrahman El Shirazy..ceritanya berbunyi begini...


Suatu hari Zahid, menolong seorang gadis bernama Salma. Zahid dan Salma pun saling terpesona satu sama lain. Sejak itu, keduanya merasakan jatuh cinta. Di sekolah tempatnya mengajar, Zahid sangat disukai oleh seorang guru perempuan lainnya. Gadis pujaan Zahid ternyata telah dijodohkan dengan seorang pemuda tampan namun licik bernaman Yasir. Namun, kedua orangtuanya tak peduli dengan apa yang dirasakan Salma. Zahid pun terus berdo'a kepada Allah agar dipersatukan dengan Salma apabila berjodoh.Dengan niat tulus, datanglah Zahid untuk melamar gadis pujaannya. Sebenarnya kedua orang tua Salma menyambut baik kedatangan Zahid. Namun, karena Salma sudah dilamar, Zahid pun harus rela melepas gadis yang dicintainya. Salma pun sangat sedih. Sebagai tanda mata, Zahid memberikan sajadah untuk Salma. Sehelai sajadah pelipur lara dan rindu. Suatu hari, Yasir tertangkap polisi dalam pesta narkoba. Ayah Salma pun merasa bersalah karena telah menjodohkan anaknya kepada orang yang terlibat narkoba. Lalu ayah Salma memutuskan untuk tidak menjodohkan anakanya kepada Yasir. Melainkan diterimanya lamaran Zahid untuk menikahi Salma. Akhirnya, mereka dipersatukan kembali karena cinta tulus mereka.


cubalah membaca buku cerita ini..menarik, sangat bagus! banyak perkara yang kita akan dapat..cubalah!!

Saturday 2 April 2011

bulan baru, hari baru

sekarang bulan 4..bulan dimana ak bertekad utk lupakan kenangan pahit yang mencengkam jiwa..ak akan bina hidup baru, dunia baruku sendiri..di mana ak akan mengecapi kebahagiaan..ak akn tutup buku lama dan buka lembaran baru..walaupun agak lambat utk tahun nie..ak tetap akn membukanya..kebahagiaan ak kususuli kemudiaan hari..ak kucapai walau terpaksa menempuh arus pergolakan yg kian ribut melanda..ak akn cuba bahagiakan hatiku kembali..bahagiakan hati ibu bapaku..bahagiakan hati keluargaku..bahagiakan hati kegkawan dan semua yg mengenali aku..tabah sayangku, Nur 'Aqilah..kau akn bahagia jua..buang yang keruh, ambil yg jernih..buat ap kau terus berduka.??tahukah kau, ramai diluar sana menanti kau..menanti gelak tawa penghibur hati setiap yg lara??sabar sayangku..kau mampu hadapinya nanti..tak usah dikenang sesuatu yg dah lalu, yg menyesak jiwa..carilah sesuatu yg baru..sdarlah..bangkitlah..kau akan bahagia kelak..!!cabaran sebenarnya ada diluar sana..cabaran yg patut kau tempuh..cabaran yg kau lalui dulu hanyalah cabaran yg ciput, yg tak patut dikenang-kenang..merugikan masa!sabar ya,sayang.tak usah berduka..ramai yg masih sayangkan kau!ingat satu, walau ap pun yg jadi, Allah tetap di sisi..mendampingimu, menolongmu saat kau memerlukannya..bukalah lembaran baru..lembaran yg mampu mengukir kembali senyumanmu di bibir, Nur 'Aqilah..ingat!tabah dalam harungi semua ini..dugaan hidup..cari nikmat sebenar yg dikurnikan utkmu, syg..!ya, ak seorg yg tabah! ak mampu hadapinya..kumbang bkn seekor, bunga bukan sekuntum..igt! kau harus terus menempuh ranjau hidup dengan ketabahna di hati, jiwa..jgn mudah tertipu dengan tipu daya dunia..percaya diri sendiri..kawan dengan hatimu dahulu baru ak boleh berkawan dengan org lain..sabar, tabah, usaha! tawakkal paling penting! chayok sayang, chayok!!! you can do it!bahagiakn hatimu, Nur 'Aqilah

Tuesday 22 March 2011

home sweet home

hah,nie lah family ak..semuanya 10 org..ramaikan..huhuhu[tersenyum] mari ak kenalkan..kita mula dr yg duduk dulu yerk!lelaki dewasa yg duduk tu adalah ayah ak,en nazori..sekarang umonya dah 49 thun..wau,berusia sdh ayhku nie..tp tetap gantang!hahaha[tergelak sorang] perempuan dewasa yg duduk tu pula mak ak,pn.hasnah..lady boss kat umah ak..umonya sudah masuk47 thun..tp tetap meletup tau..2 org budak perempuan yg diapit mak,ayah ak tu adik-adik ak..sebelah ayah ak nama dia nurul jannah,9 thun..bongsu!manja betul.menyampah ak..hahaha tak baik punya kakak..wekk!! =p sebelah mak ak pula ainon mardhiyyah,10 thun.manja juga tp xdlah manja mcm jannah.bdk lelaki yg b'diri sblh mak ak pula nama dia muhammad faiz,15 thun..sebelah ayah ak pula,muhammad naim,16 thun..skrg bljr kat imtiaz dungun..yg b'diri dr kanan korang semua tu abang ak..hero kt rumah ni..nama dia kamal hariz,20 thun..skrg bljr kt uitm,dungun dlm kos chamical engenering.sebelah dia pula ehem-ehem..sapa lagi,ak lah!hahaha nur 'aqilah,18 thun..thun nie keputusan spm akn ak p'olehi..alamk!b'debarnya..[takut] sblh ak pula my sis,fathin nadhirah,19 thun..skrg bljr kt 'u' sama ngn abang ak.ambk kos account.last sekali adalah akak sulung ak yg pling genius,qurratuaini,22 thun..skrg sdg praktikal kat port dickson..nie lah warga rumah ak yg menyinari hari-hari kebahagiaan kami sekeluarga..cmne???cantik-cantik belaka tak??hahaha[perasan]
aduh..nielah akak-akak kesayangan ak..dorang tnggalkan ak sorang-sorang kt rumah..sedihnya..='[ ak rindu giler kt dorang b'dua nk-nk kak long..kakak sulung ak tu..dia ad kt port dickson skrg nie..klu fathin kt sini je..ak bila-bila masa boleh jmpa dia..maklumlah,dah ad lesen keretakan..huhuhu kak long balik bulan 7 nie..lambat lagi..alamak!!! rindunya..bilalah kitorang b'tiga boleh b'kumpul lg??[b'fikir] kalau kami b'kmpul,mmg b'gegar rumah..macam-macam cerita nk dikongsinya..rindunya...=''[ nk nangis rasa..kadang-kadang mak,ayah ak geleng kepala tgk kami b'tiga..mcm tak boleh nak dipisahkan kalau mula b'kumpul..byk sgt nk cerita ekpn..cerita psl ni lah,psl tu lah..mcm-mcm r..tp yg pling bez bila masuk topic kahwin..hahahaha[gelak] gatalnya...dah tak sabar-sabar nk kahwin..nak-nak kak long..siap cop sudah ngn mak nk khwin umo 24..alamak!kiranya 2 thun lglah..hahaha[teruja] tak sabar nak dpt anak sedare..msti best..=] mcm nie lah kami anak beranak..mcm-mcm celetoh yg ad klau dah b'kumpul..nak-nak jannah..memang nakal..!!ainon pun sama..tapi pape pun..keluarga ak memang gempak r..mak,ayah sporting tp kalau bab2 serius memang xboleh nak ajak main r..huhuhu[ketawa]..

kr,nanti pulalah ak cerita pasal home sweet home..papai semua..=]
sarang hae..<3

Monday 21 March 2011

coret-coret..=]

hmmm...ary nie hari ke2 bkk blog..mcm-mcm yg ak dah bt..ak follow blog org punye pasal,abis 1 habuk kerja kat rumah tak bt..maklumlah,jd suri rmh tgga mggantikan mak bt sementara.trun berat bdn.huk69[ketawa sendiri].duduk kt rmh kadang-kadang bsan juga.nothing to do.asyik bt bnda yg sama je.masak,kemas rumah,sapu sampah,basuh lantai,sidai baju,lipat baju.byk kerja kena bt.penat,penat,penat!tp takpelah,bantu mak,ayah yg sibuk bkerja nk cari duit bt mkn ak adik-bradik jg.


makin ak follow blog org lain,mkn dengki pula rsenya hati nie,knp?yela,mne tak dengkinya,blog org lain sumenya cntik2.blog ak????hurmmm =[ (sediy.....).nk bt blog cntk mcm org lain jg tp xpndai.='[ tolong ye bntu ak bt blog cntik-cntik.nanti ak nk tgk pn,best je.hak69 biasalah,ak ni agk kono hal2 psl blog nie.xpndai mana.jd tunjuk ajarku,sifu..=]


mcm-mcm ak tgk dlm blog org.ad luahan hati,ad p'ingtn dunia & akhirat,ad nasihat,ad berkongsi minat,ad jg tak kurang hebat cerita pasal cinta.ckp psl cinta,ak dulu pn pnh trjerebk dlm lembah nie.

huh,mmg dasyat.mcm-mcm prsaan ak lalui.sdey,marah,happy,cemburu,mcm-mcmlah.dah tak boleh nk kate dah.perit sebenarnya bila b'cinta.ak yg dah lalui ni thulah apa sebenarnya cinta.cinta pada manusia sbnrnya cinta yg penuh kepura-puraan.kenapa ak ckp mcm tu?ad yg membangkang?ak mntak maaflah,tp mmg itu yg ak rse.bila kita b'cinta,semuanya yg kita lkukan nk dilihat prefect.1st time kita b'cinta mmg rsekan dunia ni kita yg punya.bahagianya bila diri ini disygi.tp itu hanya p'mulaan.tak semua cinta yg kita lalui m'bawa kebahagiaan yg hakiki.cinta bisa membuatkan hati kita merana.tak percaya?terpulanglah.
bila dah dilamun cinta,tiap-tiap hari hanya berkepit dgn handfhone.tak de handfhone di sisi,bergelepar hidup.takutnya sang pujangga call kita tak terangkat.dr pukul 10mlm sampai 3 pg.amboi,lama sangat duk b'gayut.ckp ap lama-lama?kosong.nothing.b'bualan simple saja.contoh?
                 ''awak apa khabar?''
                 ''awk dah makan?''
                 ''awk bt ap?sy ganggu tak?''
                 ''awk rindu sy?sy RINDU sgt kat awk.tak sabar nk jmpa awk.''
                 ''awk dah solat?''
ya Allah,benda mcm nie pon nk tye.thulah empunya diri nk jge diri dia.tak pun,mak ayah ad.boleh tgk2kan dia.tak pyh risau.mcm tu la keadaan bila dilamun cinta.ak pnh dlm situasi g2.mmg hanyut!^_^

apa dah jadi ni?i'm so lonely?why?where ur bf/gf?dorg dh tgglkan awk?knp?biasanya itulah yg terjadi.ditinggalkan sang pujangga tanpa sebarang kata.akhirnya siapa yg merana?diri sendiri juga.ad baiknya kita cuma m'jalankan 1 p'hubungan yg dipnggil PERSAHABATAN!knp?sbbnya...

sahabat akan sntiasa disamping kita no matter whatever happens.dia takkan pernah tinggalkan kita sendirian dlm kedukaan.dia akan sentiasa membahagiakan kita,menyinari hari kita,memberi dorongan bt kita dlm menempoh arus kehidupan.hargailah erti sebuah persahabatan yang terjalin krn shbt jua yg memandu kita ke masa hadapan!carilah sahabat yg b'akhlak mulia & mnyanyangi kita fillah!sarang hae....

BAHAGIA HATI INI...


Alhamdulillah,berjaya juga diri ini membuat blog sendiri.Selama ini hanya melihat blog kawan-kawan.Atas bantuan seorang sahabat,saya berjaya membina blog ini.InsyaAllah,segala yang terlintas di benak fikiran akan saya kongsikan buat kalian semua,sahabat-sahabat tersayang.Sudah lama keinginan ini terpendam dan akhirnya berjaya jua.Ayuh kita sama-sama memanfaatkan kegunaan blog ini untuk diri kita dan orang tersayang.Semoga blog saya mampu menarik kunjungan ramai untuk terus menyokong saya dalam meneruskan blog ini.Terima kasih semuanya.

DeBaRaN MeNaNTi...

Ya Allah,semakin menanti ketibaan 23 Mac 2011,semakin kuat debaran yang kemuncak hadir di hati ini.Lemah rasanya lutut ini memikirkan akan hari itu.Hari dimana menentukan hala tujuku di masa hadapan.Dapat kurasa bukan hanya diri ini yang berdebar menanti hari itu tiba tetapi berpuluh-puluh ribu insan lain yang turut sama mengambil peperiksaan SPM 2010 merasai debarannya.Hari yang bersejarah buat kami.Persoalannya sekarang,mampukah kita meraih kejayaan yang diimpinkan selama ini?8A,9A,10A,11A..senangkah untuk kita mencapainya?Impian seluruh warga SPM 2010,impian saudara mara kita,impian insan tersayang,impian ibu bapa kita!!!Mampukah kita menghadiahkan mereka kejayaan cemerlang dalam SPM nanti?Berjayakah kita membahagiakan mereka yang telah banyak berkorban untuk kita?
InsyaAllah,di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.Segala yang bakal terjadi pada kita nanti semuanya adalah suratan takdir,ketentuan yang Allah telah tetapkan mengikut tahap kesungguhan kita dalam mencapai impian murni.Segalanya rezeki yang dilimpahkan Yang Esa pada kita,hamba-hambanya yang lemah sebagai balasan untuk usaha kita selama ini.Janganlah kita terlalu yakin akan memperolehi kejayaan yang cemerlang kerana semuanya bergantung atas usaha dan anugerah yang ingin Allah limpahkan pada kita.Jangan pula kita terluka andainya keputusan kita tidak secantik & sehebat apa yang kita inginkan selama ini.Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.Bersyukurlah dengan segala nikmat yang dikurniakan kerana segala sesuatu yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kita sedari.Banyakkanlah diri kita bermunajat padanya,memohon keredhaan atas semua nikmat di dunia ini.
Jangan pula kita cepat berputus asa setelah memperoleh keputusan yang kurang baik.Teruskan perjuangan,usaha hidup ini.Disetiap liku kehidupan pasti akan terserlah sebuah kebahagiaan yang tidak kita sedari.Sedarlah bahawa suatu sinar sedang menanti kehadiran kita untuk menyambutnya.Sinarilah kehidupan kita dengan seribu warna warni kehidupan.Ada duka,ada suka.Ada benci,ada sayang.Ada sedih,ada gembira.Ingatlah,setiap yang terjadi ada pasang surutnya.Itulah yang dinamakan arus kehidupan yang terpaksa kita tempuh untuk mencapai kebahagiaan hakiki.Life must go on no matter what happens.Remember,Allah always beside you.Protect and help you when you need Him.He'll not let us go through life alone.All the best for your coming soon result and be happy whateverens.

I love you all!!!Receive a kiss from me as sign of love for you'll.Muahhh!!<3<3<3

untukmu temanku

teman dengarlah bicara hatiku..
ingin aku luahkan apa yang sekian lama aku pendamkan
tentang kebimbangan ku ini tatkala melihat umat manusia leka
dengan kehidupan yang hanya "sementara"
temanku..
tiada apa yang dapat kita peroleh di dunia ini cuma keseronokan yang 
hanya sementara.
tapi..mengapa masih ada insan yang tidak menyedari akan semua yang
telah berlaku.
temanku...
kebimbangan ku semakin bertambah apabila aku memikikan 
tentang kehidupan kita di akhir zaman.
yang semakin lupa akan pencipta yang telah mencipta kita..
apakah ini semua akan terus berlaku,
kehidupan yang semakin kembali seperti dahulu,
yakni zaman kejahilan..zaman yang tiada cahaya islam!!!
tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah,..kau lindungilah kami dari
segala kejahatan syaitan yang selalu mengoda anak-anak Nabi Adam..
andaidiri ini telah banyak melakukan dosa,Kau berikanlah aku peluang untuk 
kembali ke jalan Mu..Ya Allah..
teman ku harap engkau juga turut serta dalam perjalanan yang penuh 
dengan cahaya Ilahi,jangan persiakan kehidupan ini,
Ya Allah kau penuhilah hati kami yang kosong ini dengan ilmuMu,
tambatkanlah hati kami bersama dengan agamaMu,
pupuklah semangat cinta kami terhadapMu,
didiklah lidah kami bermangjat padaMu...

Ya Allah hidupkan kami dengan iman,
matikan kami dengan keredhaanMu,
rahmatilah segala apa yang telah kami lakukan

Al-Quran panduan penunjuk jalan sunnah Rasulullah penerang kegelapan.
untuk kita semua sampai kepada Yang Maha Esa.



warna kehidupan


gemersik embun pagi yang tiada henti menyegarkan mekar mu,menghiasi taman hati yang semakin indah nan bersemi,hari semakin hari menambah keindahan dalm  mekar mu yang semakin mewangi menghiasi hati,walaupun durimu melukai hati yang tiada lelah memercik embun kesejukan dalm dirimu,tak ingin ku melihat dirimu layu dan tercampak di lubuk hati yang terdalam,dalam hatiku jaga selalu agar selalu mekar mewangi di iring waktu menemani sisa waktuku,sekuntum mawar mu kan selalu mewangi bersemi setia menemaniku,putihmu memberi warna dalm hidupku,wangimu jadi semangat hidupku,rekahmu menjadi menerang langkahku,setiaku kan menanti bersama embun pagi yang kan selalu menemanimu.....