Monday 25 April 2011

Anak Yang Soleh

Anak Yang Soleh

Pada masa dahulu ada seorang pemuda yang bernama Ra'i. Kerjanya setiap hari adalah mengembala kambing. Setiap hari apabila dia pulang ke rumah ia akan memerah susu kambing untuk dihidangkan kepada orang tuanya dan sesudah orang tuanya minum, barulah susu kambing yang selebihnya diberikan kepada anak-anak dan isterinya.
Pada suatu hari Ra'i membawa kambingnya jauh daripada tempat biasa.Dia terlambat pulang kerana asyik dengan kambing-kambingnya dan apabila disedarinya hari sudah mulai gelap. Dia dengan segera membawa pulang kambing-kambingnya. Apabila tiba di rumahnya hari sudah larut malam kerana perjalanan yang jauh. Tanpa membuang masa, dia segera mencari kedua orang tua yang di kasihinya dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kedua-dua orang tuanya sudah nyenyak tidur. Ra'i segera ke kandang kambing dan terus memerah susu. Di dalam hati dia berkata "Mungkin setelah selesai aku memerah susu, ibu dan ayahku akan bangun dari tidurnya". Apabila susu sudah sedia dihidangkan, ia segera pergi mendapat kedua orang tuanya, tetapi ternyata kedua orang tuanya masih lagi tidur.
Setelah ditunggu-tunggunya ternyata orang tuanya tidak juga bangun. Ra'i mula bimbang dan berfikir di dalam hatinya "Adakah aku harus mengejutkan mereka?" fikirnya lagi "Oh tidak, tidak sopan mengejutkan orang yang sedang tidur". Ia sungguh menyesal kerana terlalu leka dengan kambingnya menyebabkan orang tuanya tidur tanpa sempat minum susu seperti sebelumnya. Tiba-tiba, anak- anaknya terjaga dari tidur dan mereka menangis meminta susu kerana lapar disebabkan mereka tidur sebelum sempat meminum susu. Ra'i tetap mempertahankan bahawa susu tersebut tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya sebelum orang tuanya minum terlebih dahulu. Setelah puas memujuk, anak-anaknya tetap tidak mahu berhenti daripada menangis. Diberinya air, tetapi anak-anaknya terus menangis dan tetap mahu minum susu yang telah disediakan untuk orang tuanya..
Walaupun keadaan bising disebabkan tangisan anak-anaknya, kedua-dua orang tuanya tidak juga bangun dari tidur mereka. Ra'i berfikir mungkin Allah hendak menguji kesabarannya dan sejauh mana ketaatannya kepada orang tuanya. Apabila fajar menyinsing barulah ibu bapanya sedar dari tidur mereka dan Ra'i segera menyerahkan susu yang diperahnya pada malam tadi.
Begitulah sifat seorang anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya walaupun anaknya sendiri menangis kelaparan ia tetap mempertahankan dan ibu bapa mesti di utamakan.

baguskan kalau kita dapat jadi seperti Ra'i..persoalannya, adakah kita mampu jadi sepertinya??!! tepuk dada, tanya iman..=]

Potong Tangan Kerana Bersedekah

Potong Tangan Kerana Bersedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T." 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Tuesday 12 April 2011

DI ATAS SAJADAH CINTA

pernahkah kalian semua membaca sebuah buku cerita kisah-kisah teladan Islami peneguh iman dan penenteram jiwa?? mari, aku ingin memperkenalkan sebuah buku cerita yang menarik minatku untuk membacanya..cerita ini berjudul DI ATAS SAJADAH CINTA by Habiburrahman El Shirazy..ceritanya berbunyi begini...


Suatu hari Zahid, menolong seorang gadis bernama Salma. Zahid dan Salma pun saling terpesona satu sama lain. Sejak itu, keduanya merasakan jatuh cinta. Di sekolah tempatnya mengajar, Zahid sangat disukai oleh seorang guru perempuan lainnya. Gadis pujaan Zahid ternyata telah dijodohkan dengan seorang pemuda tampan namun licik bernaman Yasir. Namun, kedua orangtuanya tak peduli dengan apa yang dirasakan Salma. Zahid pun terus berdo'a kepada Allah agar dipersatukan dengan Salma apabila berjodoh.Dengan niat tulus, datanglah Zahid untuk melamar gadis pujaannya. Sebenarnya kedua orang tua Salma menyambut baik kedatangan Zahid. Namun, karena Salma sudah dilamar, Zahid pun harus rela melepas gadis yang dicintainya. Salma pun sangat sedih. Sebagai tanda mata, Zahid memberikan sajadah untuk Salma. Sehelai sajadah pelipur lara dan rindu. Suatu hari, Yasir tertangkap polisi dalam pesta narkoba. Ayah Salma pun merasa bersalah karena telah menjodohkan anaknya kepada orang yang terlibat narkoba. Lalu ayah Salma memutuskan untuk tidak menjodohkan anakanya kepada Yasir. Melainkan diterimanya lamaran Zahid untuk menikahi Salma. Akhirnya, mereka dipersatukan kembali karena cinta tulus mereka.


cubalah membaca buku cerita ini..menarik, sangat bagus! banyak perkara yang kita akan dapat..cubalah!!

Saturday 2 April 2011

bulan baru, hari baru

sekarang bulan 4..bulan dimana ak bertekad utk lupakan kenangan pahit yang mencengkam jiwa..ak akan bina hidup baru, dunia baruku sendiri..di mana ak akan mengecapi kebahagiaan..ak akn tutup buku lama dan buka lembaran baru..walaupun agak lambat utk tahun nie..ak tetap akn membukanya..kebahagiaan ak kususuli kemudiaan hari..ak kucapai walau terpaksa menempuh arus pergolakan yg kian ribut melanda..ak akn cuba bahagiakan hatiku kembali..bahagiakan hati ibu bapaku..bahagiakan hati keluargaku..bahagiakan hati kegkawan dan semua yg mengenali aku..tabah sayangku, Nur 'Aqilah..kau akn bahagia jua..buang yang keruh, ambil yg jernih..buat ap kau terus berduka.??tahukah kau, ramai diluar sana menanti kau..menanti gelak tawa penghibur hati setiap yg lara??sabar sayangku..kau mampu hadapinya nanti..tak usah dikenang sesuatu yg dah lalu, yg menyesak jiwa..carilah sesuatu yg baru..sdarlah..bangkitlah..kau akan bahagia kelak..!!cabaran sebenarnya ada diluar sana..cabaran yg patut kau tempuh..cabaran yg kau lalui dulu hanyalah cabaran yg ciput, yg tak patut dikenang-kenang..merugikan masa!sabar ya,sayang.tak usah berduka..ramai yg masih sayangkan kau!ingat satu, walau ap pun yg jadi, Allah tetap di sisi..mendampingimu, menolongmu saat kau memerlukannya..bukalah lembaran baru..lembaran yg mampu mengukir kembali senyumanmu di bibir, Nur 'Aqilah..ingat!tabah dalam harungi semua ini..dugaan hidup..cari nikmat sebenar yg dikurnikan utkmu, syg..!ya, ak seorg yg tabah! ak mampu hadapinya..kumbang bkn seekor, bunga bukan sekuntum..igt! kau harus terus menempuh ranjau hidup dengan ketabahna di hati, jiwa..jgn mudah tertipu dengan tipu daya dunia..percaya diri sendiri..kawan dengan hatimu dahulu baru ak boleh berkawan dengan org lain..sabar, tabah, usaha! tawakkal paling penting! chayok sayang, chayok!!! you can do it!bahagiakn hatimu, Nur 'Aqilah